Latest News

Tuesday, May 18, 2010

Dermathon SKSS 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid warga SKSS.... disini ustaz ingin memaklumkan bahawa.... dalam masa terdekat ini, sekolah kita akan mengadakan program besar.... apa itu program besar? kalau besar, Besar mana?....... bukan besar yang boleh diukur..... maksud ustaz, sekolah kita akan mengadakan projek Dermathon atau dikenali dengan Dermathon skss 2010.

Antara OBJEKTIFnya Ialah
1. Menambah dana kewangan PIBG sekolah.
2. Manaik taraf gelanggang permainan sekolah.
3. Menaik taraf keceriaan kawasan sekolah.
4. Meningkatkan prestasi kurikulum dan ko-kurikulum sekolah

KONSEP
1. Murid, melalui ibubapanya akan mengutip derma daripada dermawan.
2. Guru dan AJK PIBG akan memainkan peranan aktif untuk mendapatkan sumbangan daripada orang perseorangan, syarikat-syarikat, NGO, badan korporat dan lain-lain.


TARIKH PELAKSANAAN
17 Jun 2010 hingga 16 Julai 2010

ANJURAN
PIBG Sekolah Kebangsaan Salak South

Sehubungan itu..... banyak hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada semua Warga SKSS.... bak kata Fu...yoooooooo, sangat menarik... antaranya... PSP, Robot, Basikal, Remote Control Car, Remote Control Helikopter, Remote Hovecraft, Jam tangan danbermacam-macam lagi hadiah yang menarik dan menanti untuk dimenangi.....Jom...... kita sama-sama melibatkan diri demi mencari dana PIBG serta Mendapatkan hadiah untukdimenangi...
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dermathon SKSS 2010 9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.
Scroll to Top